Seperti baru semalam memori itu terjadi.. Masih teringat lagi bagaimana kami meminta apek kedai gambar di jalan Wong Ah Fook itu menunjukkan kepada kami beberapa backdrop yg ada di studio beliau.. yg kemudiannya kami sama-sama pilih utk diabadikan dalam potret kami.. Kami mengambil sedikit waktu utk membuat pemilihan utk merakamkan foto itu kerana kami seakan sudah dapat menelah masa hadapan.. kami membayangkan yg saat manis kemuncak percintaan kami seperti yg ingin diabadikan dalam gambar itu akan kami lihat berulang-ulang pada masa hadapan.. dan pemilihan suasana kehangatan waktu itu utk diabadikan dalam potret tersebut kami rasakan sangat penting.. dan ternyata ramalan kami tepat.. sehingga kehari ini, kami masih melihat gambar tersebut..
Sepanjang perjalanan kehidupan kami berdua, kami masih sentiasa kembali ke masa silam.. mengenang kembali setiap detik dan saat-saat manisnya percintaan kami berdua.. itulah kekuatan yg kami sama-sama genggam dan tidak akan kami lepaskan.. Walau nanti salah seorang diantara kami akan dipanggil dahulu, kami berharap nurani kasih-sayang yg tersemai dalam dunia kami berdua.. akan terus diwariskan dalam jiwa dan sanubari anak-anak kami dan semuga seterusnya kepada cucu-cucu.. dan mungkin kepada cicit-cicit kami kelak.. suatu warisan kasih sayang kekeluargaan yg utuh.. semoga ramalan yg ini juga tepat..
Menyorot kembali ke masa lampau.. Waktu itu kami pasangan yg sangat naif.. sangat innocent.. sangat terbelenggu dalam sangkar dunia kami sendiri.. lihatlah saja emosi wajah kami difoto itu.. air wajah yang rapuh tapi tenang, gusar tapi yakin.. gambaran wajah dua insan yg punya harapan tinggi menggunung.. namun tak punya cukup bekalan utk dibawa bergelandangan menempuh kehidupan.. Kami terlalu muda disaat itu, terlalu muda utk punya hasrat saling memiliki hati dan hidup masing-masing.. Namun matlamat, halatuju dan impian kami sangat jelas.. Dan kami percaya, jika kami terus berpaut kukuh pada ikrar dan janji.. nescaya keutuhan kasih sayang dan cinta kami berdua akan dapat membimbing kami menuju ke destinasi yg kami berdua impikan.. dan sehingga hari ini, kami telah berjaya menempuh segalanya dengan jaya.. dan sehingga ke hari ini.. segalanya masih kekal sama seperti dulu..
Ikrar dan janji kami berdua akan tetap berakar berpaksi di puncak paling tinggi dihati kami masing-masing.. dan masih kekal sama seperti dulu, walaupun azam dan tekad kehidupan kami berdua kami paksi kan di dunia nyata dan realiti, namun kami akan tetap terus sama-sama terbang melayari dunia impian dan khayalan sampai bila-bila. Kami tidak akan berhenti. Sekurang-kurangnya hingga tiba saat diantara kami terpaksa melepaskan genggaman tangan masing-masing kerana terpaksa menuju azali.
P/S - The photo was taken in 1986 when I was 18Nukilan:










8 comments:
Mmg sukar nak membayangkan bila suatu masa nanti kita akan dipisah oleh ajal yg mendatang. Semoga cinta dan kasih sayang Cik Mat dan Kak Siti akan terus kukuh dan segar hingga akhir nyawa.
Terima kasih di atas doa mu dik siti..
phew!!! bes gila bace.cm ni ad tokoh tulis novel.. :) nice sungguh kisah cinta dulo2 eyhhhhh
wajah CM tu mcm biasa jer nampak ek.. dah macam wajah siapa ek.. ermm susah nak ingatkan.. he he
Cemut..CM ni ada tokoh jadi penulis novel harapan..keh3..nasib baik bukan penulis buku kulit hadapan hahaha..sabor jer lahhh
Pernah nampak ker...kat umah kasawari masa tu CM gi keh3
wahhh.. gambar memori daun pisang ker ni hehehe.. mcm zaman kanak2 jer.. :)
waa..so nostalgia laa..bac to memories..semoga berkekalan keakhir hayat..
salam..muka mcm org tak bersalah aje ye..mak dan ayah kau orang tahu tak ni....????maaf cik mat akak gurau aje ye...
Post a Comment