Saturday, January 31, 2009

Perjumpaan Mengejut !

Yer.. memang perjumpaan yang mengejut. Sebabnya... Lin bagitau yg dia naik KL secara mengejut. Lepas tu wife kita SMS bagitau yg Retna dan Lin akan datang ke rumah kita secara mengejut. Lepas tu Retna bagitau lagi yg jumlah yg datang ialah 10 dewasa dan 3 kanak-kanak. Lepas tu secara mengejut lagi dia bagitau yg tambah lagi 2 budak kenit. Apalagi... dengan terkejutnya lah kami membuat apa-apa persediaan yg patut secara mengejut . Macam lipas kudung daaaa.. nasib baik sempat siapkan.. fuhhh..

Yang memula sampai ialah Retna, Sodep dan Lin bersama tiga orang putera-puterinya... diikuti oleh Dilla@BondaRock bersama 2 orang puteranya. Tak lama lepas tu Shaizhar pulak sampai. Dan last sekali Junaidi & Carneyz. Selain dari tu kami juga menanti Ryan sebab Ryan berada di KL kerana urusan kerja, so katanya di nak turut join sama. Tapi hajatnya tak kesampaian.. tak mengapalah, kemudian nanti kami akan jumpa dia di tempat acara yg dia ambil bahagian pada hari wilayah nanti iaitu di Taman Tasek Titiwangsa.

Berbalik pada perjumpaan mengejut tu.. sebelum Jun & Carneyz sampai semua dah tak tahan lapar, so kami kata apa yg ditunggu lagi.. mana yg dah ada makan je lah dulu.. apalagi, terjah aje lah.. sambil makan sambil berborak, bergurau, bergelak sakan.. seronoknyaa... Jun dan Carneyz join makan kemudian dan alhamdulillah makanan cukup.. kalau tidak alahai, segan jer tuan umah hehe..




Kesimpulannya, memang seronok yg amat sangat bila dapat berjumpa dan berkumpul ramai-ramai begini.. Dari hanya kenalan di alam cyber... berlanjutan hingga berhubungan di alam realiti, berkongsi keseronokan dan kemesraan seperti sebuah keluarga yg besar. Dalam keseronokan begitu, tak sedar cepat jer masa berlalu.. Lebih kurang pukul 11:45... kami semua berpisah buat sementara waktu. Semoga dapat berkumpul kembali macam ni lagi.. Terima kasih buat semua yg sudi hadir memeriahkan dan menghangatkan suasana malam di teratak buruk kami. Thanks and sayang kamu semua!




P/S - Masih lagi terasa gegaran hilai tawa Lin..kehkehkehkehkehkeh..

Nukilan:

1 comments:

terima kasih bt CT dn CM sekeluarga...layanan dn sajian yg di berikan x kn dpt lin lupakan...walaupun kita berjauhan tp hati kita tetap bersatu...muahahaha..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More