Thursday, September 24, 2009

Diari Raya 1



Memula sekali, saya nak ucapkan Salam Aidilfitri utk semua pembaca dan pengunjung blog saya yg dah bersawang ni. Dalam diam, hari ni dah hari raya yg ke-5 rupanya. Pantas sungguh masa berlalu, rasanya cam baru je satu dua hari kat kampung ni dah nak menjejak hujung minggu semula.

Alhamdulillah aidilfitri tahun ni cuaca sedang elok. Tak panas sangat dan tak lembab berhujan sangat. Masa balik ke kampung hari Jumaat pagi sebelum raya tu pun cuaca berkabus nampak di kehijauan pokok2 sepanjang lebuhraya. Dingin terasa dikulit menusuk hingga kepangkal hati. Berpanjangan rupanya cuaca tu sehingga ke lima hari raya. Dengan cuaca macam ni rasa selesa sikit nak beraya. Tapi cuaca bukanlah alasan sebenarnya. Kalau cuaca tak elok pun tetap juga kena beraya dan ziarah sanak saudara. Kalau bukan hari raya macam ni, bila lagi ada kesempatan nak berjumpa dan beramah mesra. Kalau tak rebut peluang utk berjumpa dan berkumpul yg datang sesekali macam ni, lambat laun jarak dan masa pasti akan merenggangkan kemesraan dan tali persaudaraan yg terjalin. Inilah masanya utk anak2 kita dapat kenal rupa anak2 kepada saudara2 kita yg lain. Jangan nanti bila berjumpa berselisih ditengah jalan pun tak sedar rupanya itu saudara kita sendiri.

Sama macam tahun2 yg lepas, bermula dari beberapa malam sebelum raya dan hinggalah kemalam tadi di kampung saya masih lagi meriah dgn hiruk-pikuk kanak2 bermain berlari2 dan bermain mercun dan bunga api bila waktu malam. Suasana yg saya sangat rindukan sebab teringat semula kenangan saya yg serupa di zaman kanak-kanak dulu. Itu suasana waktu malam. Diwaktu siangnya pula, walaupun sudah hari raya yg ketiga, masih lagi ternampak dimana2 kumpulan kanak2 berjalan memberi salam dari pintu kepintu dgn tujuan utk 'mengutip duit raya'. Saya tersenyum simpul memerhatikan gelagat mereka sebab saya juga tak ubah seperti mereka dulu. Cuma di zaman saya dulu, hari raya kedua dah rasa tawar dan segan nak kutip duit raya. Tapi bebudak sekarang kat kampung saya ni masih lagi bersemangat pada raya yg ketiga. Malah salah seorang dari budak yg saya perhatikan tu, menerjah rumah yg sama sebanyak tiga kali tetapi dtg dengan kumpulan yg berlainan. Taktik mengumpul duit raya tu.

Meleret pulak coretan saya ni. Ingatkan nak update sikit dulu tapi dah jadi panjang pulak. Sambung lagi nanti dgn coretan ziarah raya.. wassalam.


Pose berdua sewaktu berehat di R&R Pagoh semasa balik kampung


Haqim mengintai dibalik tiang. Ayah & mama berehat, anak2 layan bermain


Pandangan percikan mercun dari beranda rumah mak saya


Rumah mak saya bertema Pink. Serupa dgn baju raya kami tahun ni.


Bermaafan sesama ahli keluarga. Acara yg wajib di pagi raya.


Yang jauh dirapatkan lagi, semoga lebih erat silaturrahim.


Group photo dalam salah satu kunjungan ke rumah sanak-saudara

Nukilan:

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More