Pertemuan yang sudah lama dinanti
Lama sebelum puasa lagi CT dah beritahu saya yg kawan blog dia yg jauh nun di Copenhagen, Denmark akan pulang beraya ke Malaysia. Beliau yg saya maksudkan ialah SueJoshua. CT banyak bercerita kepada saya tentang Sue yg dikenalinya melalui blog beliau dan bagaimana teringinnya beliau utk bersua muka dgn Sue sendiri setelah sekian lama hanya berpeluang berceloteh dan beramah mesra melalui internet saja. Menerusi pengamatan saya pula melalui blog beliau, saya merumuskan yang tanah asing di bumi Denmark itu adalah tanah bermastautin beliau kini setelah bertemu jodoh dengan warga Denmark. Betapa seronoknya kehidupan Sue di bumi Denmark getus hati kecil saya. Teruja saya hendak mendengar cerita-ceriti Denmark bila bertemu beliau sekeluarga nanti.
Semalam, hari raya ke-4 kami memutuskan utk beraya ke rumah keluarga beliau di Taman Daya, Johor Bahru. Tak susah utk mencari rumah beliau menerusi alamat yg diSMSkan kepada CT. Sebaik meletak kereta diperkarangan sekolah berhadapan dgn rumah Sue, kelihatan beberapa kelibat orang meninjau dari muka pintu rumah Sue kearah kami. Mungkin sudah menduga yg tiba itu adalah kami. Sebaik menghampiri pagar, jelas kelihatan dua wajah yg memang sudah kami kenali melalui blog beliau. Sue dan suami beliau Joshua keluar menyambut kedatangan kami. Terukir senyuman lebar pada wajah kami semua sambil menghulur dan menyambut salam. Tak sangka akhirnya dapat bertemu juga.
Tetapi ada sesuatu yg pastinya tak akan saya lupakan, sesuatu yg saya tak jangkakan sama sekali. Sebelum melangkah masuk, saya terdengar Joshua mengungkapkan beberapa patah perkataan melayu. Saya menyangkakan sebelumnya yg beliau tentu hanya boleh berbahasa Inggeris dan Danish. Namun setelah bertanya kepada beliau sendiri, persoalan saya terjawab bila beliau mengiyakan pertanyaan saya yang memang beliau boleh berbahasa melayu. Saya kagum sekejap. Dan setelah jauh perbualan, terungkai persoalan sebenar dibenak saya yang rupanya Joshua sebenarnya orang Malaysia. Saya ketawa kecil dalam hati kerana telah membuat tanggapan yg meleset. Rasa malu pun ada juga hehe.
Namun itu semua tidak penting. Yang penting Sue pandai masak (ni kira ampu ke? ikhlas ni). Dan yg terlebih penting lagi Sue dan suaminya Joshua memang insan yg tinggi budi-pekerti. Kami sangat gembira dapat mengenali mereka sekeluarga. Semoga persahabatan didunia cyber akan terus berpanjangan didunia yg nyata.
Berselera menikmati hidangan. (Gambar ihsan dari blog Sue)
Mengabadikan kenangan bersama sebelum berpisah
P/S - Terima kasih banyak2 untuk ole-ole dari Denmark.
Nukilan:











4 comments:
suejoshua ni anak mami ke..?
Tidak ketahuan, namun rasanya tidak. Tapi yg pasti dia anak Malaysia :)
rambut Sue dgn baju CT terserlah keorenenan nyee....hehehehehehe
Post a Comment