Tidak sah kunjungan ke selatan tanahair jika tidak berkunjung ke Sedenak. Kemana lagi kalau tidak ke rumah chef tersohor Malaya, Cik Mat Gebu. Pada mulanya kami merancang utk menyerang rumah beliau bersama 2 orang lagi rakan kami iaitu Lin dan Kasawari. Namun dek kerana kunjungan tetamu dirumah, Lin tidak dapat menyertai kami. Kami bersama Kasawari berhari raya ke rumah Cik Mat Gebu (CMG) pada hari raya ke-3.
Sehari sebelum tu saya saja-saja buka mulut bertanya pada kakak ipar saya (kakak CT) samada beliau berminat utk menyertai kunjungan kami ke rumah CMG. Sebelum itu, beliau hanya mendengar dari mulut CT saja akan kehebatan masakan chef tersohor dari Sedenak itu. Bila dapat peluang utk bertemu sendiri dgn CMG beliau sungguh teruja dan tidak berfikir panjang menerima pelawaan saya. Bayangkanlah popularnya CMG. Kakak ipar saya yg 'buta internet' pun terpengaruh dgn pojokan populariti beliau. Alhamdulillah.. saya gembira dan bersyukur dgn kehebatan CMG. Saya doakan semoga CMG akan lebih dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup. Tambahan pula, saya memang sangat seronok bila dapat duduk beramah mesra dgn ahli keluarga CMG iaitu Bak, Mak Yah dan Abg Mat yg peramah dan baik-hati. Sedenak sudah jadi seperti destinasi wajib saya. Jika keselatan saya tak akan melepaskan peluang untuk menziarahi mereka sekeluarga.
Nukilan:

CT bersama CMG berlatarkan koleksi dishwares antik beliau.
Saya dan Kasawari khusyuk mendengar Abg Mat dan Bak bercerita
Tiga dara pingitan? 1 dara dan 2 mak dara.
Bergambar kenangan sebelum pulang tanpa kelibat photographer
Nukilan:














6 comments:
wah2..mkn ingat kita ke tak tu..huhuhuhu..
tggu le nnti..kita serangggggg SEDENAKKKK!!!!!!
cop cop cop...Lin nmpk pipi CT dh tembam ler...heheheheh
Hahahahaha...kak ct, tu ada "JIN"..ek..yg blur2 tuuu...sabau jee aku!!!...Kita masih melayan tetamu dan masih memegang title "bibik's"...
wah wah sudah hapdet ek.. kita baru sampai rumah.. letih badan ni. huu..
Lin.. nanti kita serang lagi.. ha ha..
salam ct..amboi jelousnya akak tgk kamu ashik ke rumah ah mat gebu aje..
Alahaiii CM, awatlah x tunjuk je gambar "JIN" yang Mat cakap tuh..hehe...x aciii..hehe..Xpa nnt akak lak nak g serang rmh dia..nk kenal sikit JIN yg pandai masak n tersohor tuh! Cantik eh rumah CMG nih...mst salah sorang Org Kaya Berempat or Berlapan kat Sedenak nih..hehee (*amppunnn Maaattt...)
Post a Comment