Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Thursday, September 24, 2009

Diari Raya 3


Pertemuan yang sudah lama dinanti

Lama sebelum puasa lagi CT dah beritahu saya yg kawan blog dia yg jauh nun di Copenhagen, Denmark akan pulang beraya ke Malaysia. Beliau yg saya maksudkan ialah SueJoshua. CT banyak bercerita kepada saya tentang Sue yg dikenalinya melalui blog beliau dan bagaimana teringinnya beliau utk bersua muka dgn Sue sendiri setelah sekian lama hanya berpeluang berceloteh dan beramah mesra melalui internet saja. Menerusi pengamatan saya pula melalui blog beliau, saya merumuskan yang tanah asing di bumi Denmark itu adalah tanah bermastautin beliau kini setelah bertemu jodoh dengan warga Denmark. Betapa seronoknya kehidupan Sue di bumi Denmark getus hati kecil saya. Teruja saya hendak mendengar cerita-ceriti Denmark bila bertemu beliau sekeluarga nanti.

Semalam, hari raya ke-4 kami memutuskan utk beraya ke rumah keluarga beliau di Taman Daya, Johor Bahru. Tak susah utk mencari rumah beliau menerusi alamat yg diSMSkan kepada CT. Sebaik meletak kereta diperkarangan sekolah berhadapan dgn rumah Sue, kelihatan beberapa kelibat orang meninjau dari muka pintu rumah Sue kearah kami. Mungkin sudah menduga yg tiba itu adalah kami. Sebaik menghampiri pagar, jelas kelihatan dua wajah yg memang sudah kami kenali melalui blog beliau. Sue dan suami beliau Joshua keluar menyambut kedatangan kami. Terukir senyuman lebar pada wajah kami semua sambil menghulur dan menyambut salam. Tak sangka akhirnya dapat bertemu juga.

Tetapi ada sesuatu yg pastinya tak akan saya lupakan, sesuatu yg saya tak jangkakan sama sekali. Sebelum melangkah masuk, saya terdengar Joshua mengungkapkan beberapa patah perkataan melayu. Saya menyangkakan sebelumnya yg beliau tentu hanya boleh berbahasa Inggeris dan Danish. Namun setelah bertanya kepada beliau sendiri, persoalan saya terjawab bila beliau mengiyakan pertanyaan saya yang memang beliau boleh berbahasa melayu. Saya kagum sekejap. Dan setelah jauh perbualan, terungkai persoalan sebenar dibenak saya yang rupanya Joshua sebenarnya orang Malaysia. Saya ketawa kecil dalam hati kerana telah membuat tanggapan yg meleset. Rasa malu pun ada juga hehe.

Namun itu semua tidak penting. Yang penting Sue pandai masak (ni kira ampu ke? ikhlas ni). Dan yg terlebih penting lagi Sue dan suaminya Joshua memang insan yg tinggi budi-pekerti. Kami sangat gembira dapat mengenali mereka sekeluarga. Semoga persahabatan didunia cyber akan terus berpanjangan didunia yg nyata.


Berselera menikmati hidangan. (Gambar ihsan dari blog Sue)


Mengabadikan kenangan bersama sebelum berpisah

P/S - Terima kasih banyak2 untuk ole-ole dari Denmark.

Nukilan:

Diari Raya 2



Tidak sah kunjungan ke selatan tanahair jika tidak berkunjung ke Sedenak. Kemana lagi kalau tidak ke rumah chef tersohor Malaya, Cik Mat Gebu. Pada mulanya kami merancang utk menyerang rumah beliau bersama 2 orang lagi rakan kami iaitu Lin dan Kasawari. Namun dek kerana kunjungan tetamu dirumah, Lin tidak dapat menyertai kami. Kami bersama Kasawari berhari raya ke rumah Cik Mat Gebu (CMG) pada hari raya ke-3.

Sehari sebelum tu saya saja-saja buka mulut bertanya pada kakak ipar saya (kakak CT) samada beliau berminat utk menyertai kunjungan kami ke rumah CMG. Sebelum itu, beliau hanya mendengar dari mulut CT saja akan kehebatan masakan chef tersohor dari Sedenak itu. Bila dapat peluang utk bertemu sendiri dgn CMG beliau sungguh teruja dan tidak berfikir panjang menerima pelawaan saya. Bayangkanlah popularnya CMG. Kakak ipar saya yg 'buta internet' pun terpengaruh dgn pojokan populariti beliau. Alhamdulillah.. saya gembira dan bersyukur dgn kehebatan CMG. Saya doakan semoga CMG akan lebih dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup. Tambahan pula, saya memang sangat seronok bila dapat duduk beramah mesra dgn ahli keluarga CMG iaitu Bak, Mak Yah dan Abg Mat yg peramah dan baik-hati. Sedenak sudah jadi seperti destinasi wajib saya. Jika keselatan saya tak akan melepaskan peluang untuk menziarahi mereka sekeluarga.


CT bersama CMG berlatarkan koleksi dishwares antik beliau.


Saya dan Kasawari khusyuk mendengar Abg Mat dan Bak bercerita


Tiga dara pingitan? 1 dara dan 2 mak dara.


Bergambar kenangan sebelum pulang tanpa kelibat photographer

Nukilan:

Diari Raya 1



Memula sekali, saya nak ucapkan Salam Aidilfitri utk semua pembaca dan pengunjung blog saya yg dah bersawang ni. Dalam diam, hari ni dah hari raya yg ke-5 rupanya. Pantas sungguh masa berlalu, rasanya cam baru je satu dua hari kat kampung ni dah nak menjejak hujung minggu semula.

Alhamdulillah aidilfitri tahun ni cuaca sedang elok. Tak panas sangat dan tak lembab berhujan sangat. Masa balik ke kampung hari Jumaat pagi sebelum raya tu pun cuaca berkabus nampak di kehijauan pokok2 sepanjang lebuhraya. Dingin terasa dikulit menusuk hingga kepangkal hati. Berpanjangan rupanya cuaca tu sehingga ke lima hari raya. Dengan cuaca macam ni rasa selesa sikit nak beraya. Tapi cuaca bukanlah alasan sebenarnya. Kalau cuaca tak elok pun tetap juga kena beraya dan ziarah sanak saudara. Kalau bukan hari raya macam ni, bila lagi ada kesempatan nak berjumpa dan beramah mesra. Kalau tak rebut peluang utk berjumpa dan berkumpul yg datang sesekali macam ni, lambat laun jarak dan masa pasti akan merenggangkan kemesraan dan tali persaudaraan yg terjalin. Inilah masanya utk anak2 kita dapat kenal rupa anak2 kepada saudara2 kita yg lain. Jangan nanti bila berjumpa berselisih ditengah jalan pun tak sedar rupanya itu saudara kita sendiri.

Sama macam tahun2 yg lepas, bermula dari beberapa malam sebelum raya dan hinggalah kemalam tadi di kampung saya masih lagi meriah dgn hiruk-pikuk kanak2 bermain berlari2 dan bermain mercun dan bunga api bila waktu malam. Suasana yg saya sangat rindukan sebab teringat semula kenangan saya yg serupa di zaman kanak-kanak dulu. Itu suasana waktu malam. Diwaktu siangnya pula, walaupun sudah hari raya yg ketiga, masih lagi ternampak dimana2 kumpulan kanak2 berjalan memberi salam dari pintu kepintu dgn tujuan utk 'mengutip duit raya'. Saya tersenyum simpul memerhatikan gelagat mereka sebab saya juga tak ubah seperti mereka dulu. Cuma di zaman saya dulu, hari raya kedua dah rasa tawar dan segan nak kutip duit raya. Tapi bebudak sekarang kat kampung saya ni masih lagi bersemangat pada raya yg ketiga. Malah salah seorang dari budak yg saya perhatikan tu, menerjah rumah yg sama sebanyak tiga kali tetapi dtg dengan kumpulan yg berlainan. Taktik mengumpul duit raya tu.

Meleret pulak coretan saya ni. Ingatkan nak update sikit dulu tapi dah jadi panjang pulak. Sambung lagi nanti dgn coretan ziarah raya.. wassalam.


Pose berdua sewaktu berehat di R&R Pagoh semasa balik kampung


Haqim mengintai dibalik tiang. Ayah & mama berehat, anak2 layan bermain


Pandangan percikan mercun dari beranda rumah mak saya


Rumah mak saya bertema Pink. Serupa dgn baju raya kami tahun ni.


Bermaafan sesama ahli keluarga. Acara yg wajib di pagi raya.


Yang jauh dirapatkan lagi, semoga lebih erat silaturrahim.


Group photo dalam salah satu kunjungan ke rumah sanak-saudara

Nukilan:

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Buat semua sahabat dan rakan taulan tidak kira jauh atau dekat, tidak kira samada yg mengenali kami secara peribadi atau hanya mengenali kami melalui dunia cyber dan terutamanya yg mengenali kami dengan rapat (anda tahu siapa anda), dengan ingatan tulus ikhlas kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menghulur sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya disepanjang penglibatan kami didunia blog ini kami ada menyebabkan hati yg terguris disebabkan kata2 atau gurauan kami yg tidak disengajakan. Semoga dengan kedatangan Syawal ini akan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan dan ukhuwah yg terbina sekian lama. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari CM & CT

P/S - Jika sudi, dipersilakan ambil e-Kad Raya kat atas nie sebagai pengganti diri dari kami.

Terima Kasih Di Atas Ingatan Ikhlas

Hari raya bakal menjelang 5 hari saja lagi. Dan sekarang ni sesi utk menggantung kad-kad raya yg diterima dari kawan-kawan. Utk kengkawan semua yg sudi memberi kad raya yg cantik ini, kami berdua ingin mengucapkan ribuan terima-kasih! Jika ada kad-kad raya yg tertinggal kami tak gantung disini, sila ingatkan yer. Maklumlah, jarang2 mengadap blog dibulan puasa ni, jadi kalau2 ada yg dah suruh ambil kad tapi kami terlepas pandang..



























Sunday, September 13, 2009

Persiapan Nak Balik Kampung Beraya



Uhuk uhuk.. berhabuk dah blog ni tak berhapdet, sampai terbatuk-batuk tersedut habuk hehe.. Maklumlah, kesibukan tak terhingga agak membataskan masa utk hapdet blog. Nanti dah lepas raya bolehlah luangkan masa lebih sikit utk bertenet hehe. Cakap pasal raya, pagi tadi aku pegi pasar tani Shah Alam utk membeli keperluan last2 minit raya. Punyalah ramainya manusia dan kereta sampaikan jalan2 sekitar tu semuanya SESAK!! Tu yg tetiba terlintas difikiran nak beli sesuatu yg penting. On the way nak balik masa kat Plaza Tol Federal Highway Shah Alam, aku pujuk my laling utk beli SmartTag kat Pejabat Touch N Go. Senang sket nanti nak beraya balik kampung. Skrg ni lorong Touch N Go pun selalu kereta berderet, kalau lorong tunai tu lagilah jangan cerita, berbatu-batu kena berbaris nak bayar tol. Ni dah ada SmartTag nie senanglah sket hehe.



Tinggal seminggu je lagi. Tak sabar dah nak balik kampung beraya ni hehe.

Nukilan:

Thursday, September 10, 2009

Sedapnyaaaa.....




Sedapnyaaaa..... ada yang kecur tak ni erk? hehehe. Bukan apa saje jer nak tayang pelam kat depan rumah ni. Setiap hari aku dok telan air liur jer bila tengok buah pelam ni. Lagi ler time bulan posa ni kan, sebelum berbuka macam nak makan jerrrr. Tapi bila dah berbuka langsung tak pandang pun buah pelam ni huhuhu. Lin ngan Ret tu tak kecur gak ker?? hehehe. Masa dia orang datang rumah, hari dah malam jadi nya tak nampak lah kekuningan buah pelam ni. Tak ada sape pun yang nak makan, ya lah bulan posa ni kan. Jadi nya buah ni gugur kat bawah macam tu jer lah.


Satu lagi..... aku nak mintak maaf lah ya sebab dah lama tak update blog ni. Lagi pun sebelum bulan posa lagi dah bagi tau yang aku memang tak sempat nak update blog ni. Kalau masak2 tu pun kadang2 jer aku update. Tengok mood lah kan, lagi pun memang nak kurang kan xtvt didepan tenet ni buat sementara waktu. InsyaAllah bila dah lepas posa nanti banyak lah yang bole dikongsi sama kat sini. Okey tak moh cakap banyak2 sebab banyak keja yang menanti dah ni. Sampai jumpa lagi. daaaaaaa.........

Nukilan:





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More