Monday, December 8, 2008

AidilAdha 2008 (Part 1) - Solat Hari Raya

Aidiladha tahun nie agak istimewa kepada CM sebab tahun nie kakak CT yg duduk di JB balik kampung ke rumah keluarga suami dia di Kg Sungai Merab, Kajang... so, terlanjur mereka datang sini..dorang bawak mak CM ikut sama.. Diorang sampai KL hari sabtu yang lepas... kul 8.05 malam.... tapi dorang sesat so CM bagitau kat dorang tunggu kat tepi KLCC nanti CM dan CT datang gi jemput.. Tu yg bila sampai je kat lokasi diorang, sempat pulak mak datin kita nie suh tangkap gambo dia berposing berlatarkan KLCC...katanya sebab dah lama duk KL tapi tak penah sekali pun ambik gambo berlatarkan KLCC hehehe...


Pagi tadi pulak, sebelum subuh semuanya dah bangkit bersiap utk menunaikan solat sunat AidilAdha di Masjid Putrajaya... Memang agak jauh tapi sebenarnya kerana kami plan nak gi beraya sekali di Sg. Merab kampung keluarga kakak CT sebab diorang dah janji nak bakarkan lemang istimewa utk kami... dan lepas tu diorang semua nak bertolak balik semula ke JB.... dan mak CM pun nak ikut diorang balik sama. So... pukul 7.15 lebih kurang kami keluar rumah... Walaupun cuaca begitu muram dan hujan tak berhenti sepanjang perjalanan, kami sampai di masjid Putrajaya lebih kurang pukul 8.10 pagi...




Sampai jer, terus CT dgn Haqim cari port utk melepak tunggu kami semua habis bersolat sebab CT dalam tempoh 'cuti' tak boleh solat... Lepas kami habis solat, hujan masih juga tak berhenti so terpaksa la tunggu kejap dan terpaksa la kami menghabiskan masa dengan buat apa yg patut iaitu mengambil gamba la..apalagi.. hehehe






Gambo yg last tu pulak terpaksa juga diambil dalam hujan sebab nak juga ambik gambar kenangan CT dan anak-anak bersama mak CM berlatarkan masjid Putrajaya... tapi tak per... nostalgia tu...

Nukilan:

4 comments:

lin dh 2x masuk solat d situ ct..mmg indah suasana nye kan,lg2 klu mendongak kt ats dlm mesjid tu..cantik sekali...

CT tahun ni x dapat masuk lah lin..cuti2 seM'sia hehehe (sakit org pompuan) :)

yan penah 1x solat kt masjid putrajaya bersama family hubby...luas kan..cantik lagik tu..

byknye gmbr raya. bestnye T_T
selaat hari raya aidiladha!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More