Tuesday, December 30, 2008

TRAVELOGUE Part 3 - Msjbox Holiday Camp Day 2

Ahad 27 Dec, excitement bersambung lagi... Awal pagi, pukul 5 lebih kami dah terjaga.. pergi basuh muka, berus gigi, mandi dan segarkan diri. Bila langit dah mula cerah sedikit CM keluar duduk menghadap pantai menghirup udara segar sambil berbual-bual dgn Junaidi, Kasawari dan Mazlan (suami Moralle). Lepas tu... turun berjalan-jalan di pesisiran pantai menikmati kedinginan udara pagi.



Selepas bersarapan, acara games yg tertangguh semalam disambung kembali. Acara yg pertama utk kanak-kanak..tiup gula-gula dalam tepung. Kesian bercampur lucu melihat muka anak-anak yg mengambil bahagian.. ada yg sampai termuntah sebab menelan tepung tu hehehe.. Lepas tu, acara lari dalam guni dewasa diikuti dgn tarik tali kanak-kanak. Lepas tu acara tarik tali dewasa pulak.. Geng Lelaki lawan geng perempuan.. geng perempuan ramainya dua kali ganda dari geng lelaki tapi keputusannya seperti yg dah dijangka la... geng lelakilah yg juara!! hehehe... Lepas tarik tali selesai kami main bola tampar dan bola jaring pulak..






Bila games dah selesai, kami semua bersiap berkemas utk bertolak ke destinasi kedua pula iaitu ke Air Terjun Kota Tinggi. Lepas habis load barang ke kereta, kami semua bergambar beramai-ramai sekali lagi dikawasan khemah utk kenang-kenangan. Semalam semua peserta berpakaian biru.. hari nie pulak, semua berpakaian merah..



Sebelum ke Air Terjun, kami semua singgah di jambatan Sedili utk meninjau pemandangan. Sewaktu semua dah parking kereta, kebetulan bangla jual aiskrim melintas. Hubby Lin (En. Sabar) panggil bangla tu dan beliau mengumumkan semua boleh mintak ais krim dari bangla tu dan bayaran ditanggung beliau... hehehe... terima kasih En. Sabar. Tersenyum lebar bangla tu sebab aiskrim habis terjual.


Setibanya kami semua di Air Terjun, terus melilau utk cari port nak letak barang sebab terlalu ramai pengunjung pada hari itu. Antara kami semua bukan semuanya yg nak mandi.. dan yg memang dah plan nak mandi, lepas dah selamat letak barang...bedebush! terjun masuk air yg sejuknya menggigit tulang. Dah agak lama sikit mandi, perut mula berkeroncong lagi.. dan Alhamdulillah..penyelamat yg dinanti-nantikan akhirnya tiba juga tak lama kemudian. Beliau adalah Dir yg tiba bersama-sama adik dan ibu-bapa beliau membawa mee siam, pulut kuning, rendang ayam, telur sambal dan desert yg amatlah lazat! terutama dalam keadaan perut yg berkeroncong begitu! hehehe...







Lepas makan, kami semua mula bersiap utk balik ke destinasi masing-masing. Sewaktu saat perpisahan suasana agak melankolik sedikit. Maklumlah..walaupun kami cuma berpeluang utk bersama seperti sebuah keluarga yg besar hanya utk 2 hari 1 malam, namun bonding sesama kami dah mula terjalin. Yg pasti, CM dan CT sekeluarga memang sangat-sangat menghargai setiap detik dan masa yg kami semua lalui bersama. Ucapan terima-kasih yg tidak terhingga dari kami kepada semua iaitu kepada.. Lin sekeluarga, Kasawari sekeluarga, Moralle sekeluarga, BondaRock sekeluarga, Junaidi & Carneyz, Retna, Shaizar, Sodep, Rosli, Nad dan Matok and of coz kepada Dir juga. Kalian semua sangat-sangat hebat dan memberi kesan yg sangat mendalam dalam hati kami sepanjang kita semua bersama walau dalam ketika yg sesingkat itu.


P/S - Semoga ikatan persahabatan yg terjalin akan berkekalan buat selamanya. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di event yg lain dimasa hadapan.

Nukilan:

5 comments:

seronok kan walaupun macam rasa singkat sangat jer, masa cepat berlalu...kalau CT & CM tak joint, dah tentu mar pun tak dapat berkenalan ngan CT, cuma mungkin melalui chatting jer kot. hehehe...nice meeting yr family thou :)

mmg happning kan...lain thn kita anjur lg..boleh gitu...apa yg pnting??bekerjasama..

memang beri kesan mendalam.. sampai diriku ni tak dapat tidur lagi dah jam 3:15 pagi ni.. he he... seronok baca karangan che mat ni.. he he

Maria, Lin, Kasawari... bukan saja kamu. Kami pun masih terngiang-ngiang ditelinga segala hirukpikuk, gurau senda, tawa ria semasa disana.. yg pasti kami akan sentiasa merindui saat itu selalu..

hai..syiok jek tgk berendam tuh.isk isk.

xpe, insyallah thn depan kot ada mau joinla.thn ni masih kena curfew.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More