Wednesday, December 24, 2008

Sebelum Balik Kampung

Esok kami sekeluarga nak balik JB dalam 3 atau 4 hari cam tu... Last kami balik JB masa raya puasa hari tu.. so dah dekat 4 bulan juga tak balik kampung. Maklumlah CM terlalu bz dgn keje dan tak dapat ambik cuti dan start hari isnin, dua hari yg lepas baru CM dpt cuti.. lega sket dpt menghilangkan diri dari bebanan keje dan memikirkan hal-hal dipejabat...

Sebelum balik, perkara pertama yg kami nak settlekan dulu adalah SERVIS KERETA.. Inilah yg terpenting sekali. Semalam lepas aje kami selesai berbelanja barangan dapur di Giant Batu Caves, terus jer kami pegi servis kereta...



Perkara kedua utk diselesaikan adalah hal keperluan buku sekolah anak-anak kami yg 4 orang tu... Part-1 iaitu keperluan pakaian dan kelengkapan kami dah settlekan bulan lepas. Kali ni nak settlekan yg Part-2 ni pulak. So, pagi-pagi lagi tadi kami dah terjah sekolah anak-anak kami utk membeli buku-buku sekolah dan menjelaskan bayaran yuran persekolahan dan lainnya. Tahun 2009 nanti Haqim last di tadika, Daniel darjah 3, Azree darjah 6 dan Lily Tingkatan 5.

Mula-mula sekali kami pegi sekolah agama Daniel.. bayar yuran sekolah dan beli buku. Lepas tu pegi sekolah kebangsaan Azree dan Daniel pulak utk beli buku sekolah juga.. tengoklah tu cik kak kita tu.. berbaris menunggu giliran sambil sempat melemparkan senyuman pada CM.. hehe..





Lepas dah settle kat sekolah kebangsaan Azree dan Daniel, rush pulak kat sekolah tadika Haqim.. dan macam biasa, kindergarten la yg paling banyak 'cekik duit'... Tahun 2009 adalah tahun kedua Haqim bersekolah di kiddies ni.. Untuk sekolah menengah Lily pulak, kami cuma bagi duit jer kat dia sebab dia dah besar panjang dah, dah boleh beli dan settlekan sendiri. Masa CT tengah settle bayaran kat dalam, CM tunggu sambil tinjau-tinjau keadaan sekolah.. sambil tu fikiran dok mencongak.. wah banyak juga dah berhabis utk keperluan persekolahan anak-anak.. maklumlah empat anak sekali bersekolah.. nasib baiklah CM ni agak stabil juga.. kalau tidak, memang berat terasa bebannya... mulanya terasa nak merungut dalam hati, tapi CM cepat-cepat buang rasa nak merungut tu jauh-jauh... Tekad CM adalah, walau betapa tinggi sekalipun perbelanjaan dorang semua, CM tetap akan berbelanja utk pendidikan dorang dgn ikhlas hati.. nak bagi anak-anak kita pandai dan mendapat keberkatan dalam mendapat pendidikan dan pelajaran, kita kenalah ikhlas.. betul tak? Lagipun CM selalu berfikir macam nie.. "Ah.. apalah sangat aku berhabis ribuan ringgit utk pendidikan anak-anak yg merupakan suatu KEPERLUAN dan AMANAH yg dipertanggung-jawabkan pada diriku, jika dibandingkan dengan KEHENDAK peribadi contohnya dok beli henpon mahal dan laptop kedua tanpa perlu berfikir panjang.. apalah sangat nak berhabis duit utk keperluan putera-putera dan puteriku sendiri". Hakikatnya, CM tak pernah merungut malahan rasa bahagia bila dapat memenuhi dan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga...

Last sekali lepas dah settle semua tu, kami terjah kedai aquarium pulak. Maklumlah nak tinggalkan rumah 3 - 4 hari saper nak bagi ikan-ikan emas CT tu makan? So, kami gi beli special food utk ikan-ikan tu iaitu Holiday Food Block. Makanan yg nie memang khusus utk ikan-ikan kalau nak ditinggalkan utk masa 7 hingga 10 hari. Senang jer.. masa nak pergi nanti, campak jer makanan tu dlm aquarium dan makanan tu akan larut perlahan-lahan dalam air antara 7 - 10 hari dan ikan-ikan tu tak akan kelaparan sepanjang tempoh tu.... Mudahkan?





P/S - okeylah.. dah settle semuanya, skrg masa utk CM settlekan satu lagi perkara yg paling penting utk petang nie iaitu.. 'mendugong' atau dalam istilah lainnya.. 'tidor'.. hehehe.. selamat malam semua.. jumpa lagi nanti.. :-)

Nukilan:

4 comments:

teruk gak tu pesen tido CM ye...sampai mcm dugong...pelik..tp benar kot...krohhh krohhhh

keh keh keh..tau x per hahahaha lain kali kena pasang microfon lin bior org dengar keh3

la nanti kalu pi giant batu caves habaqlah ..leh kita jumpa....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More