Sabtu 26 Dec, excitement utk holiday camp tu pun bermula. Kami bertolak lebih kurang pukul 9-30 pagi dan berjumpa di meeting point pertama iaitu di AEON Jusco Tebrau sebelum bergerak semula menuju ke meeting point kedua iaitu di Kota Tinggi. Setelah semua blogger dapat dikumpulkan kami mula berkonvoi ke destinasi camping iaitu di Mutiara Resort, Tanjung Sedili. Kami singgah sebentar di Jeti Tg. Sedili utk meninjau persekitaran dan membeli apa yg patut. Sempat pulak snap gambar budak yg jual karipap tu hehehe. Lepas tu terus gerak semula ke destinasi camping yg tak berapa jauh dari situ.
Setelah sampai dan unload barang, pihak resort mula memasang khemah. Kami booking dua khemah. Satu utk CM, CT dan Haqim. Yang satu lagi utk Lily, Azree dan Daniel. Bila khemah dah siap dipasang dan lepas kami semua makan lunch, aktiviti games pun bermula. Kami sekeluarga tersangat sangat seronok sepanjang games tu. Tak henti-henti ketawa sampai pipi rasa tegang. Dan yg paling penting kami dapat menikmati keseronokan tu bersama dgn blogger-blogger yg lain yg pada mulanya hanya kami kenali di alam maya tapi akhirnya dapat berkumpul bersama seperti sebuah keluarga yg besar. Memang tersangat sangat seronok.
Selepas habis acara games, kami semua meluru ke pantai. Tapi sayang air tak berapa cantik sebab musim tengkujuh jadi tidak seorang pun yg turun utk mandi... sekadar bermain di pinggiran pantai aje. Bila senja mula berlabuh, tiba-tiba hujan yg amat lebat beserta dgn ribut kencang melanda. Tak tergambar suasana masa tu. Khemah bergoyang macam nak tercabut rasanya dan air mula meresap sedikit masuk ke lantai khemah.. aduhai kalutnya. Tapi Haqim tetap sedap bantai tidur tak sedar apa yg berlaku.
Nasib baik hujan tak berlarut hingga ke malam.. Tapi sayang acara barbeque dan Firecamp dah terganggu... kayu api dah habis basah dan kerusi meja yg dah siap tersusun pun habis lencun so dinner kena buat di dewan makan ajer la. Lepas dinner, ada acara Live-Tag dan Gifts Exchange pulak...so bersambunglah lagi acara menegangkan pipi.. hehehe. Dah sampai tengah malam baru kami semua masuk khemah utk tidur. Tapi malam tu kami cuma dapat tidur-tidur ayam je sebab rasa tak selesa. Maklumlah...tak pernah tidur dalam khemah..hehehe...

4 comments:
alalaaaa jelezzz arr layan gambo2 ni sume...sure seronok giler eh...tp klu bkesempatan nak join pun tentu hb xmo sbb anak2 kecil lagi huhuhu
ishh mmg spoil gak hujan,klu x kita leh sembang2 sambil2 mkn kan...tp mmg sronok giler ketawa kan..
ada gambo chemat tahan khemat tu.. goyang hebat kan waktu angin tu. Ct pulak tu telefon bomba ker.. he he
Rafizah.. lenkali kita bole jumpa kalau ada event cam ni lagi ya.. book dlm diari tau
Kasawari, Lin.. CM rasa memang hujan tu hujan rahmat. kalau tak hujan hari tu akan kuranglah kenangan utk dibawa balik.. setiap saat disana memberi kesan yg sangat mendalam dihati kami :)
Post a Comment