Kita semua mempunyai kebiasaan. Saya pun sama. Contohnya kalau nak taip entri diblog, saya kebiasaannya akan menggunakan kata ganti diri "Aku". Dahulu pula saya gunakan kata ganti diri "CM". Tapi hari ini saya lari sedikit dari kebiasaan dan saya gunakan kata ganti diri "Saya". Bukan untuk bertukar identiti tetapi sekadar bertukar angin sekejap.
Bercakap tentang kebiasaan, saya ada satu lagi kebiasaan yg lain iaitu apabila saya makan nasi, mesti nak bubuh kicap. Tak kiralah makan dengan apa sekalipun. Lauk kari ker, lauk asam pedas ker, lauk rendang ker, lauk bening air ker. Lauk apapun. Mesti saya akan tuang kicap. Botol kicap mesti nak ada menemani hidangan saya. Rasanya kalau saya makan nasi tanpa berkicap, rasa tak lengkap menu saya. Rasa seperti tak cukup dan kehilangan pulak.
Tapi menu nasi saya tidak akan lengkap lagi kerana kicap tu dah tak ada lagi. Sebenarnya cerita nasi, lauk dan kicap ini hanyalah perumpamaan tentang sesuatu. Menu nasi dan lauk yg saya makan itu umpama persada blog yg saya layari. Manakala botol kicap itu adalah sahabat saya Kasawari.
Saya baru dapat tahu bila saya balik dari kerja tadi yg Kasawari membuat keputusan utk berhenti dari berblog. Saya terdiam sekejap. Tapi, atas apapun alasannya, saya tidak akan bertanya apa punca keputusan beliau kerana tentunya beliau mempunyai asbab yg terbaik utk berbuat demikian setelah ditimbang-cara dan diperhalusi secara mendalam. Saya hormati keputusan beliau walaupun saya sedih menelan hakikat yang saya tidak dapat makan nasi dengan kicap lagi.
Walaupun demikian, saya akan terus membayangkan keenakan kicap itu setiap kali saya menikmati hidangan nasi saya. Botol kicap itu mungkin tidak akan ada lagi didepan saya menemani saya setiap kali saya menikmati hidangan. Namun keenakan menikmati nasi dan lauk pauk yg dituang kicap sewaktu saya menikmatinya dulu akan terus kekal dalam ingatan saya buat selama-lamanya. Hilang dimata tak penting, asal saja dihati jangan.

P/S - Saya akan selalu mendoakan kejayaan buat beliau dunia akhirat.
Nukilan:










4 comments:
aduhai.. terharu saya.. perumpaan begitu membuat saya terharu..
terima kasih Che Mat.. terima kasih segalanya... ermmm mengenali Che Mat dan juga kak Ct serta keluarga.. membuat diri saya mengenali sebuah keluarga yang betul2 bahagia.. saya sentiasa mendoakan keluarga che mat dan kak ct bahagia hingga ke syurga...
thanks for everything bro.. hilang di cyber.. tapi tidak di alam nyata...
abang mat...
botol jekk yang hilang !
Kepekatan
kehitaman dan
rasa kicap itu tetap terpelihara..
tetap terpahat dan berbekas dlm hati .
Moga persahabatan kalian di berkati. Aminnn
sama2 le kita berdoa utk kejayaan kasawari..
semuga apa yg di impikan akan bertemu kebahagiaan....amin
sedih..
barulah saya tahu ..
lalai sungguh sehingga tak tau perkembangan rakan2 msjbox.
:(
nmpaknya kasawari akan mgurangkan kadar bilangan blogger lelaki..
oh yee...'SAYA' tu lebih molek & sbagai ganti nama yg lebih sopan:)
Post a Comment