Sunday, June 14, 2009

Ceritera Layar Perak


Telah ku coretkan dulu, Cerita cinta itu,
Lalu kau menatapnya, Dan kuterima pujimu,
Yang tak diduga

Cerita itu kisahku, Tika diri mencari-cari erti,
Tika cinta mula bersemi, Katamu dia adalah aku,
Kataku dia adalah engkau, Kita bungkam dalam persoalan,
Sampai kini tiada jawaban

Bila sesekali bertemu, Kau pasti bertanya,
"Kisah siapakah itu ?", Aku dalam lembut memujukmu,
"Cerita itu benar ! Kisah kau dan aku"




Hehe.. Beriya-iya berpuisi romantika segala.. saje je tu.. sebenarnya entri ni tentang kami sekeluarga pegi jenjalan, makan2 dan menonton cerite Terminator Salvation pada hari Jumaat yg lepas hehehe.. Lepas je aku selesai solat Jumaat bersama Azree dan Daniel, terus kami sekeluarga keluar ke Pavillion. Kalau nak tengok wayang kami suka tengok di GSC Pavillion sebab berdekatan dengan area Bukit Bintang. Senang lepas tu nak merayau jalan2 cuci mata dan cari makan. Yg paling penting, sebenarnya aku nak tanya kat kaunter bila tiket Transformer-2 mula dijual. Aku ni peminat fanatik Transformer. Tu yg tak sabar nak tunggu tayangannya tu.


P/S - Esok tiket Transfomer-2 dah boleh book. Lunch time esok aku nak pegi booking.

Nukilan:

1 comments:

wah2 romantik giler tu..nape x tgk cite syurga cinta...bru le kena.
esok nk tnye gak le,leh ke dh booking tiket tu...kt perling mall je,dkt sikit..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More