Lanjutan daripada dinner di Bagan Lalang pada hari Sabtu tu, saya tidur mati pada malamnya. Maklumlah sampai rumah pun dah nak dekat pukul 3:00 pagi. Dah tu saya juga berkira-kira nak bangun lewat pada keesokan harinya hehe. Tapi tak bole jugalah sebab dah terbiasa bangun awal. Dan lebih kurang dalam pukul 9:00 pagi cam tu, orang kat daerah Sentul telefon isteri saya bertanya kat area rumah saya kat mana brekfes sedap. Saya pun takde idea sebab biasanya saya brekfes dirumah saja. Maklumlah orang rumah saya kan pandai memasak. Lainlah kalau orang di Sentul tu. Rasanya seluruh tempat makan diseluruh KL dan Selangor dia dah tahu mana yg sedap mana yg tak sedap. Betulkah? ngehngeh.
Last2nya kami bersarapan ramai-ramai di Restoran Pelita Jalan Ampang dgn menaiki kereta Lin. Tengah2 bersarapan tu, entah macamana tiba2 ada yg mencadangkan utk pergi window shopping dan jalan2 ke Ikea Damansara. Tapi saya tak kisah. Saya menurut aje kata majoriti.
Dah namanya blogger tegar. Dimana2 pun posing tetap maintain.
Sebelum balik, geng kamie berposing didepan Restoran Pelita.
Selesai bersarapan, kami terus ke Ikea. Walaupun dah lama duduk KL, sebenarnya ini adalah kali yg pertama saya ke Ikea. Agak teruja juga sewaktu disana. Rasanya kalau saya bawak duit banyak masa tu, mesti saya tak boleh nak kawal diri utk beli itu dan ini. Maklumlah saya ni jenis yg rambang mata. Rasanya seperti semua benda nak dibeli. Sabar ajelah. Lama juga kami habiskan masa di Ikea. Habis bershopping di Ikea (bukan saya), kami singgah makan tengahari di KFC Wangsa Maju sebelum balik ke Sentul.
Dalam perjalanan balik, En. Sabar berhenti membeli Durian dihadapan Plaza Idaman Gombak utk dinikmati beramai-ramai di rumah Retna nanti. En Sabar ni katanya memang 'hantu' durian. Saya pulak tak berapa gemar durian mentah, begitu juga dgn isteri saya. Tapi disebabkan utk memenuhi 'sporting spirit' dan memeriahkan acara makan durian yg dibeli En. Sabar, saya memecahkan tradisi saya yg tak berapa gemarkan durian dgn melahap durian yg agak banyak juga. Sebelum ni jangan haraplah saya nak makan lebih dari 3 ulas. Kadang2 tu bila anak2 saya teringin nak makan, saya beli yg dah siap dikopek aje. Itupun saya langsung tak menjamahnya. Tapi hari tu rasanya saya melahap lebih dari 10 ulas! Dan natijahnya, malam itu saya berkipas kepanasan. Tapi tak mengapalah, sesekali kawan-kawan punya pasal, belasah ajelah.
Kenduri durian yg diketuai oleh Lin. Sampai naik juling mata dia tenung durian tu.
Durian yg bertabur hanya tinggal kulit dikerjakan oleh 3 budak ni
Kesian Shai tak dapat join kenduri durian ni disebabkan demam sakit gigi.
Hampir pukul 5:00 petang, kami semua bersalaman utk perpisahan sementara. Setelah 2 hari 1 malam bersama, akhirnya kami harus berpisah dan pulang ke destinasi masing2. Shai pulang ke Ukay perdana, saya sekeluarga ke Setapak Indah dan tetamu yg paling jauh, Lin sekeluarga, ke Bukit Indah JB. Cuti hujung minggu dua hari saya benar2 terisi dan dimanfaatkan sepenuhnya utk sahabat2 saya. Mereka semua sudah seperti saudara saya sendiri. Saya harap kami akan dapat meluangkan masa bersama lagi seperti ini dilain kesempatan nanti.
P/S - Untuk cerita yg lebih menyeluruh boleh lihat di sini, sini, sini dan sini lagi, dan sini lagi serta juga sini ..
Nukilan:














4 comments:
bes nye durian.... kat sini tatau nk beli mana durian.. tgk byk je org jual kat tepi2 jln..kat paso mlm tp nk beli takot xsedap jeee.sbb kat kg dulu p kebun sdirik senang la sob2.
Makk aiii!!..dasatnya linn membelek jantina si durian tuu...hahaha...
restoren pelita jalan ampang?? disitu la dir merehatkan diri selepas amik kete dir kat gombak bulan 3 lepas.. hehe.. walaupun kejap, tapi penuh kenangan..
aper lin buat tu smpi tergeliat bijik mata.. :D
Post a Comment