Wednesday, June 3, 2009

Jom Camping!


Khemah berlatarkan langit malam yg gelap

Hari ni hari pertama aku bercuti panjang iaitu bermula dari hari ini 3hb sehinggalah 14hb nanti. Kebetulan pulak sekarang ni sedang cuti penggal persekolahan selama 2 minggu. Tapi yang sebenarnya aku ambik cuti ni bukan kerana ada plan nak melancong atau program cuti-cuti Malaysia tapi kerana aku ambik Mandate-Leave. Kat tempat keje aku untuk sepanjang bulan Jun nie, aktiviti projek slow sekejap sebab vendor dah balik ke site dorang so semua project's member bole amek time-off. Tu yang aku decide utk utilize Mandate Leave aku tu. Boleh gak ringankan kepala sekejap dari beban keje kat pejabat tu hehe.


Haqim dan Daniel tersengih dipintu khemah

Dan oleh kerana tak kemana-mana tadi, tiba-tiba je Haqim ajak aku pegi camping. Dia masih teringat keseronokan berkhemah di Tg. Sedili pada tahun lepas agaknya. Beriya-iya dia cerita kat aku dan aku terlopong aje lah pasang telinga pandang muka dia. Lepas tu tak tunggu lama terus aku selongkar pegi cari khemah yg dah lama bertapa bawah katil tu hehe.



Gelagat Haqim dan Daniel didalam khemah. Siap berbantal segala.
Kanan bawah sekali, Haqim yg masih tak lekang dgn botol susunya.


Hari pulak dah beransur gelap nak maghrib, so dengan segeranya aku memasang khemah.Nasib baik tak susah sangat nak set-up, sekejap jer dah siap. Tapi aku tak bagi anak2 masuk dulu sebab cuaca masih hangat nanti berlengas duk kat dalam tu kata aku. Dah lepas solat maghrib baru aku benarkan dan apalagi.. berebut-rebut Haqim dan Danial nak masuk. Excited nak mengulang kenangan berkhemah tahun lepas kot.. Hurmm bilalah agaknya dapat join program macam tu lagi ek..


Alamak.. di sini lokasi perkhemahan tu rupanya..harhar..

P/S - Kalau dah excited, kat balkoni pun jadi kalau nak berkhemah. Permintaan anak2. Layan ajerlah hehe.

Nukilan:

7 comments:

lor ingatkan camping kat mana tadi.. ha ha.. ingatkan paling jauh pun kat bukit belacan.. rupanya kat balkoni rumah jer.. ha ha.. tapi orait ler tu kan.. ermm lawa khemah tu ek.. ada kaler purple lagi tu..

aduiii...la...jap2 nk terkencing dok baca en3 ni..sat2 nk kencing dulu...adeiiiii

ingat kan kt mana ye na bergelap tu..aduiiiii sakit pusat aku ler....

Tau x pe..pepel tetap mnjkd pilihan CM.kan CM kan...

agak2 klu kita sumer yg dok dalam khemah tu.. erkk muat tak ek :p

abg mat, hati2 tau...

saya takut memula anak2 tido dlm khemah..

pastu, 2-3 hari nanti, abg mat pulak !! hik hik hik

ampunnnn... larikkkk !

ingatkan kat mana lah td... tp sronok gak kan berkhemah kat balkoni... hehehe... ;)

owh... igtkan eena yg paling teruk, berkhemah belakang rumah. ni lagi la, kat balkoni. adushhhhh, lol

muahahahaha...

sungguh la impresif tempat camping tuh...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More