Sunday, June 21, 2009

Happy Fathers Day!



Sungguh berlainan dan agak gempak sambutan hari bapa yg saya dapat pada tahun ini. Pertamanya kerana ianya diraikan serentak dengan sahabat baik saya En. Sabar (suami Lin) serta dimeriahkan oleh semua sahabat-sahabat paling rapat saya yg lain. Keduanya kerana ia diadakan ditempat yg agak jauh. Ketiganya kerana ia disambut pada waktu tengah malam. Walaupun ianya sambutan 'dua dalam satu' namun ianya sungguh unik dan saya rasa sungguh seronok dan sungguh berbesar hati. Saya rasa untuk entri ini, saya tidak akan bercerita panjang. Cukuplah sekadar gambar-gambar sahaja yg berbicara.


Saya sekeluarga menunggu ditempat pertemuan yg dijanjikan iaitu di Plaza Tol Sg. Besi iaitu sekitar pukul 8 malam. Rakan2 lain agak lewat sedikit sampai dan sementara menunggu, saya membeli Chocolate Sundae di KFC diseberang jalan utk mengurangkan sedikit rasa lapar yg melanda. Huhuhu..


Saya, Retna dan Jun berbual dibahu jalan. Waktu ketika itu sudah melebihi 9:30 malam. Kami semua berkonvoi dgn 3 kereta. Setelah kereta yg membawa Lin sekeluarga bersama Jun, Carneyz, Shai dan Retna tiba, kami menunggu ketibaan kereta yg 1 lagi iaitu Dilla dan Sodep yg tiba lebih kurang 15 minit kemudian.


Setelah menempuh perjalanan yg mengambil masa kurang lebih 45 minit, akhirnya kami tiba juga ke destinasi iaitu di Pusat Perkelahan Bagan Lalang berdekatan dgn daerah Sepang. Waktu pada ketika itu sudah sekitar pukul 11 malam.


Majlis dinner bersama kengkawan pada malam itu turut diselitkan dgn sambutan hari bapa. Ada dua orang bapa yg diraikan pada malam itu iaitu saya dan En Sabar iaitu suami kepada Lin.


Inilah aksi-aksi biasa blogger tegar.. Carneyz, anak saya Lily dan Lin. Jangan sampai terpercik air liur di kek tu sudahlah ye hehe.


Iman sedang memotong kek sambil ditemani Retna dan bondanya Dilla. Kami turut mengambil kesempatan pada malam itu utk meraikan belated birthday utk Iman.


Semua bersorak sambil bertepuk tangan utk Iman. Semoga 'surprise' itu dapat menggembirakan Iman juga.


Bergambar beramai-ramai sebelum bertolak pulang. Rutin yg wajib untuk blogger tegar seperti kami.


Geng-geng ibu dan bakal ibu dgn post terakhir sebelum pulang. Waktu itu jam sudah melebihi pukul 1:00 pagi.


P/S - Saya rasa sangat gembira bila dapat berkumpul bersama-sama sahabat rapat saya semua. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya yg menjayakan malam itu terutamanya kepada En. Sabar dan Lin, Retna dan Shai. Tidak terkecuali Jun, Carneyz, Dilla dan Sodep. Anda semua sudah seperti keluarga kepada saya. Thanks!

Nukilan:

4 comments:

ala... bestnya jalan lagi.

Jelesnya . Suka suki. jenjalan. makan . suka suki lagi .. makan-makan lagi ...

thankx Ct & Cm...seronok kan..lain kali ada rezki kita jumpa lagi yek...

dah kawen nanti baru bole join.. wuarghhhhh!!

selamat hari bapa che Mat... dan mereka-mereka yg terlibat... moga terus menjadi seorang bapa yg bersemangat, penuh dgn rasa kasih sayang dan sentaiasa memberi pelindungan kpd keluarga tercinta...

besarnya kek... ada lagi tak... serdak-serdak pun tak pelah... ***heheh - kesian tak??**

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More