Friday, June 5, 2009

Ceritera C.I.N.T.A. Kami


C.I.N.T.A.

suatu anugerah tuhan yg amat hebat kepada jiwa yg ditakluk oleh perasaan itu. Tiada perkataan yg dapat menggambarkan debarannya. Tiada seni yg dapat membayangkan keindahannya. Tatkala ia mula-mula hadir, hanya rasa yg dapat bercerita. Itupun sekadar tipis dan kelu dipinggiran hati. Beku dan bungkam dilubuk jiwa. Namun, setelah ia disambut dan lepas terbang bebas, seluruh akar perasaan akan mencengkam hebat dan pohon rasa tumbuh menjulang langit dan mekar menggila, seluruh maya seolah bergoncang, terpukul goyah dek ribut perasaan yang asyik mahsyuknya tidak akan dapat dibendung walau ditadah tujuh belantara. Dahaga utk menikmatinya seolah tidak pernah cukup dan puas walau diberi tujuh lautan. Walau dimana kaki melangkah, Pelangi nan indah akan turut ikut serta. Haruman kuntuman mawar akan ikut menyusup dibalik hembusan bayu yg membelai dan terasa dunia ini umpama syurga. Begitulah kehebatan suatu perasaan yg bernama CINTA.

Kedengaran melampau amukan perasaan yg sebegitu bukan? Namun itulah perkataan yg paling hampir utk menggambarkan perasaan aku sewaktu mula-mula diamuk cinta pandang pertama pada kekasihku yg kini bergelar isteri. Namun bagaimanakah kisah cintaku ketika itu? mungkin dapat dikongsi secebis dari kisahku itu atas pemintaan dari seseorang..



Rutin mengaji.
Kami adalah teman sepermainan dari zaman kanak2 lagi. Kami main belon acah, sembunyi ibu dan segala macam permainan kampung yg lain bersama kawan2 yg lain. Dan kami juga pergi mengaji di rumah uztaz Nawi bersama. Namun disebalik semua rutin harian dan aktiviti yg mulanya hanya sebagai kawan, akhirnya terbibit suatu perasaan yg amat aneh pada sidia. Aku semakin suka dan rasa suka itu melampaui rasa suka yg biasa-biasa. Setelah bertahun-tahun melalui rutin yg sama, panahan yg pertama terjadi dirumah ustaz mengaji kami hehe. Masa tu ustaz tak sihat dan kami datang melawat beliau. Ibu kekasihku ada bersama ketika tu. Aku duduk berdepan dgn CT. Secara tak sengaja aku memandang tepat ke mata beliau. dan CT terperasan tindakan aku itu dan beliau membalas renunganku. Jantungku berdebar kencang dan rasa segan mula membelenggu tapi aku tak berdaya mengalih pandangan disebabkan suatu rasa yg sungguh aneh. Kami berbalas renungan tanpa berkelip walau sesaat pun dgn suatu perasaan yg sangat indah seolah-olah ingin memberitahu hati satu sama lain dalam bisikan hati yg hanya kami berdua saja yg mendengarnya "aku milik kamu". Dan dari situlah perasaan cintaku yg pertama mula berputik. Siapa sangka aku jatuh hati dengan teman sepermainanku sendiri.

Pertemuan hujung minggu.
Aku ambik tuisyen disebuah pusat tuisyen di pusat bandar yg terletak berhadapan dgn panggung wayang Cathay. Dari situlah, aku mula mengenal akan panggung wayang dan disitulah tempat dating pertama aku dgn CT hehe. Mak suruh pegi tuisyen, aku amek kesempatan pergi dating pulak. Ampun makk hehe! Actually ada kisah lucu tentang dating yg pertama itu sebab CT datang bersama dgn kawan perempuan dia. Mungkin dia malu kot. dan sebenarnya aku terlebih-lebih lagi malu Dan sesungguhnya aku jejaka yg masih 'keras' dalam bab-bab nak berbual dan duduk rapat dgn perempuan. Waktu jadi kawan2 masa bermain belon acah dulu aku tak rasa segan macam tu. Tapi bila dah mula menyimpan perasaan, rasa segan tu dah jadi lain macam pulak hehe. Tapi selepas dari pertemuan yg pertama, rasa kekok tu beransur2 hilang selepas pertemuan yg berikutnya, namun rasa segan dan malu aku pada dia masih sangat-sangat tebal. Aku masih ingat lagi pada pertemuan yg entah keberapa kalinya, sewaktu dalam bas Alex utk perjalanan balik ke rumah.. aku duduk bersebelahan dgn dia. Bila bas bergoyang2 dan bahu kami saling bersentuh, aku rasa segan yg amat tapi dalam masa yg sama terasa amat 'syok' pulak. kahkah.. Naif betul aku masa tu kan.

Cincin belah rotan.
Setelah beberapa tahun bercinta, akhirnya kami bersepakat utk memberitahu orang tua masing2 akan hasrat kami berdua utk hidup bersama. Sebelum tu, aku punyalah seram nak bagitau hasrat aku kat mak utk pergi meminang sidia. Sebab masa tu mak kurang bersetuju kami berkawan disebabkan kami rakan sekampung dan jarak rumah aku dgn rumah dia hanya berjauhan selang dua rumah. Tergagap-gagap aku nak bagitau kat mak masa tu, tapi akhirnya aku berjaya juga meyakinkan mak bahawa kami pasti akan jadi pasangan bahagia suatu hari nanti. Malam tu mak berbincang dgn bapak (kini arwah) dan setelah bapak beri kata putus, esoknya mak bagitau kat aku dorang merestui hasrat aku tu. Horeii seronoknyaaa!!!! Hujung minggu tu aku dan mak pergi kepusat bandar utk membeli cincin. Mak kata nak beli cincin macamana. aku jawab aku tak tau dan aku tanya cincin belah rotan tu macamana. mak kata, carilah cincin emas yg bersulam berlian.. hehe pandai mak aku. dan akhirnya setelah puas memilih, aku berkenankan cincin emas dgn lima biji diamond yg disulam atas plet yg berbentuk seakan huruf 'S'... aku rasa cincin tu amat bertepatan utk kekasih hatiku itu iaitu 'S' dan 'lima biji berlian' tu bersempena namanya 'Siti Delima'.. Dan seminggu selepas tu mak aku dan mak saudara aku pergi meminang buah hatiku itu.

Ikrar setia.
Detik pertunangan kami memang penuh dgn ranjau dan dugaan. Memang ada betulnya kata orang tua-tua supaya tempoh pertunangan tidak elok diperpanjangkan. Lebih singkat lebih bagus. Aku rasa aku mula bersetuju dgn pendapat tu sebab aku sendiri dah melaluinya. Betapa hebat kasih sayang kami berdua, namun tidak kurang hebatnya juga dugaan yg melanda. Namun jika kasih-sayang cukup padu dan ikrar dihati masing-masing seteguh waja, semua dugaan yg melanda akan dapat diatasi. Waktu kami hendak menamatkan zaman pertunangan utk melangkah kegerbang pelamin, aku masih lagi bekerja diperingkat bawahan. Aku masih ingat lagi Ismail kawan sekerja aku masa tu tanya kat aku, cukup ker gaji kau nanti nak tampung dua perut. Aku jawab kat dia.. "Aku dgn gaji aku.. bakal isteri aku dgn gaji dia.. bila dicampurkan nanti bukanke dapat dua gaji..lagipun bukanke perkahwinan tu suatu perkongsian? Kami akan berkongsi segala-galanya dan insyaAllah kami pasti berjaya walaupun dgn gaji sebanyak itu" Ternyata andaian dan perancangan kami diwaktu itu membuktikan kebenaran ikrar kami berdua utk melaluinya dgn jaya kini.

Hingga akhir nanti.
Alhamdulillah, berkat kesabaran kami berdua mengharungi jerit-perih dugaan percintaan utk bersatu sebagai suami-isteri dan restu dari kedua ibu-bapa, akhirnya kami dapat disatukan dalam suatu majlis yg boleh dianggap gilang gemilang dizaman kami pada masa tu. Saudara mara dari jauh dan dekat datang berkampung semenjak seminggu lebih awal dari tarikh majlis utk memeriahkan majlis dikedua-dua belah pihak. Dan dengan sekali lafaz pada 26Okt1991 Siti Delima Yahya sah bergelar isteri kepada Rahmat Hj Abd Aziz. Dan dgn lafaz itu, seakan melayang seluruh alam utk mengangkat kami berdua ke langit yg paling atas bagi mengiringi kami utk menyusur menyelinap keseluruh maya dgn tangan yg tergenggam erat yg tidak akan kami lepaskan dalam pautan dan dakapan erat sebagai suami dan isteri.. dan bahtera bahagia ini akan kami layari bersama dgn janji ikrar yg padu hingga ke hembusan nafas yg terakhir.





P/S - semoga secebis dari kisah C.I.N.T.A. aku ni dapat menjawab teki-teki dari permintaan seseorang itu. Jangan mintak lagi tau hehe.

Nukilan:

14 comments:

ala... syahdunya..

uiittt... Abg mat cipta kata2 memang best, patutlah kak ct asyik senyummmmm jek .

Teman sepermainan jadi TEMAN HIDUP . Satu hari nanti , bila anak-anak Abg mat & Kak CT baca, mesti dorang bangga giler ada ibubapa yang hebat . Tabik springgg...!

aLA... tak puas lagi . Nak lagi.. itu citer dari pihak lelaki . Nak tau gak dari pihak pompuan . hik hik hik....

jgn mareeee.

psst.. kredit tuk pic no2. ayulah kak ct... abg mat mesti pakai seluar bell bottom kan..kan..kan..

PHEWITTTTTTTTT..!

romantiko d'amor gituu :p

ct sebijik mcm chubby ceklat masa remaja..anak omak kan :D

tahniah n hepi sgt utk ct/cm

semoga berbahagia smpi ke syurga abadi.amin

salam buat kak ct dan abg cm

uwaaa syioknyea yan baca. apa pun semoga terus bahagian hingga akhir hayat..amin..

To Linda: Linda.. k.CT kata CM ni jiwang karat. Sbnrnya CM pun naik seram masa taip entri tu. meremang bulu roma hehe.. Oh ya, CM tak pakai bell bottom lah linda oi.. bell bottom zaman bila.. zaman CM zaman amy search tengah meletup tu hehe..

To Kak Combi: trime kasih bebanyak atas doa akak tu. CM ckp kat CT muko dia cam chubby cekelat dia kata, "ye ker?" hehe..

To Yanmie: Thanks Yan utk doa kamu. CM juga doakan yg sama utk kamu ye Yan.

erkkk.. alangkah indah kalau gambar yg last tu hanya cm dan kak ct je.. ade terselit senyuman disebalik takbir plak.. hahaha.. awas!! jgn pandang belakang.. hehe

wah mmg pertermuan dlm percintaan sukar nk dbygkan kan...tp ikrar cinta itu le dpt membayagkn dn meringkai kn segalanye..shgga terbit nye sinar dlm mahligai yg di bina....

semuga CT & CM akan kekal bhgia hgga ke akhir nnti..amin..

To Dir: memang sengaja tak edit senyuman yg terselit kat tengah2 tu sebab itulah anugerah yg mula2 hadir dalam hidup kami :)

To Lin: cheh.. bahasa komen Lin ni jiwang karatlah.. naik bulu tengkuk CM membacanya kahkahkah.. anyway, thanks atas doa kamu Lin :)

wah.. leh layan lagu XPDC..

C.I.N.T.A K.I.T.A.... satu rasa!!

cayalah CM.. semoga bahgia hingga ke syurga...

maaf ler.. saya rehatkan blog tu dulu.. ni nak balik rumah mak mertua.. ada kenduri dan esok dan ahad ada jemputan kawin.. ada masa.. kita ketemu lagi..

baca perenggan 1st tu, terbayang pulak teater PGL baru-baru ni... Che Mat punya melankolik, perghhhhhh... 1st class... syahdu je. biasalah, at the touch of love ….. everyone becomes a poet... kannn

Dan... begitulah cinta... kuasa apa lagi (selain kuasa Allah) yg boleh melawan kuasanya.

semoga kuasa cinta CheMAt dgn Kak CT akan terus berkekalan dan membahagiakan sampaiiiiii bila-bila...

To Kasawari: lagu C.I.N.T.A tu poyo jer kan tapi sesekali layan ok juga hehe. BZ dgn kenduri kahwin ye. Kalau makan nasi minyak tu jgn sampai tak perasan mertua lalu tau.

To Chime: Bahasa sastera PGL tu world class. Bahasa CM tu cuma bahasa sastera budak tingkatan 6 jer hehe. Dan.. thanks utk doa Chime ye ;)

syahdu baca story C.I.N.T.A kak CT & bro CM... semoga kak CT & bro CM sentiasa bahagia bersama insan2 yg tersayang... Amin!!

Very the touching...ni kalau Norzailna Nordin baca...sure jadi rencah2 dalam tulisan beliau....Tabik kat CM!!!!!

duhhhh.......... speechless. ada lagi ke lelaki cam CM skrg ni? haihla...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More